Blog entry by Admin

Picture of Admin
by Admin - Thursday, 19 October 2017, 4:14 PM
Anyone in the world

AMSAS telah ditubuhkan bagi menjalankan fungsi dan kuasa Agensi sejajar dengan peruntukkan undang-undang seperti yang termaktub di Bahagian III Seksyen 6 (1) (g) Akta APMM 2004 (Akta 633) iaitu Menubuhkan Dan Menguruskan Institusi Maritim Bagi Latihan Pegawai Agensi. AMSAS telah melatih staf APMM bermula pada April 2005, di sebuah blok bangunan kediaman pelatih yang dipinjamkan sementara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Pada 24 Julai 2007, PPL APMM berpindah ke Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Pada 1 Ogos 2011, PPL APMM telah berpindah dari bangunan sementara di Bandar Indera Mahkota, Kuantan keAMSAS Gebeng. PPL APMM yang baru dibina ini berupaya menampung dan melatih lebih ramai warga APMM disamping lokasinya yang strategik. Ianya dibina di atas keluasan 200 ekar yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan pembelajaran yang mencukupi berupaya meningkatkan keupayaan PPL APMM. Pada 2 Mac 2013 AMSAS telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang dan menukar PPL APMM kepada Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS). AMSAS yang serba lengkap ini berupaya melatih kursus asas kepada staf baru APMM, kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian termasuk latihan maritim di rantau ini di masa hadapan.

Tags:
[ Modified: Sunday, 29 October 2017, 1:32 PM ]